Liz Truss menjadi pilihan pemimpin Parti Konservatif untuk menggalas tanggungjawab Perdana Menteri United Kingdom yang baharu pada Isnin.<br /><br />Truss, 47, yang menggantikan Boris Johnson meraih kemenangan selesa menewaskan bekas Menteri Kewangan, Rishi Sunak dengan undian majoriti sebanyak 81,326 berbanding Sunak dengan undian 60,339.
